Pemindahan Mayat

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 Ogos 1984 telah membincangkan Pemindahan Mayat. Muzakarah telah memutuskan bahawa pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah dipastikan simati dipindahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna.

No comments:

Post a Comment