Memindahkan mayat ke tapak perkuburan yang baru kerana dharurat.

Keputusan: 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001 telah membincangkan hukum memindahkan mayat ke tapak perkuburan yang baru kerana dharurat. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
 
Perpindahan mayat dari tanah perkuburan kerana dharurat adalah diharuskan. Fatwa ini dikeluarkan pada tahun 1996. Mengenai masalah seumpama ini adalah terpakai.

No comments:

Post a Comment