HUKUM MEMBACA AL QURAN
UNTUK SIMATI DI ATAS KUBUR
Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab
Mesir
Kitab : البيان لما يشغل الأذهان
Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat)
mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan
tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah,
Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan
riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):
من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف
عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات
Maksudnya: “Barangsiapa
yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka
diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang
membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”1
Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :
“Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau
dikebumikan, maka dibacakan disisinya dgn awal permulaan surah Al-Baqarah dan
akhir surah Al-Baqarah”.2
Adapun ulama’ Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di
atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau
di dalam masalah ini :
“Ulama’ mutaakh’khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca
Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati
bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah”.3
Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah
(dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat.
Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah
ijma’. Antara ulama’ yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah
Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :
“Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya
kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg
bermanfaat. Berkata sebahagian ulama’, apabila dibacakan Al-Quran di sisi si
mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka
pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga
membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami
sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma’) oleh para ulama’.
Mereka ( para ulama’ yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran
serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan
mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4
Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar
berikut di dalam masalah ini :
“Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa,
sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala
kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah
sunat”.5
Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati
adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si
mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya
surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti
akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada
si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan
pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).
Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’
telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala
sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah
harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada
si mati dgn diiringi bacaan doa :
اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا
قَرَأْتُ لِفُلان
Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku
ini kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata2 dgn amalan tersebut
sahaja.
Perselisihan yg berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak
berlaku pada masalah ini.
Penterjemah :
Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime
Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif
Pendapat JAKIM
Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat)
mengatakan bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah,
Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan
riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):
Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu
membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari
tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala
kebaikan”
Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : “Sesungguhnya
beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya
dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah
Al-Baqarah”.
Al-Baqarah”.
No comments:
Post a Comment