Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah

Keputusan
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pengkebumian mayat hendaklah disegerakan. Perbuatan sengaja melambat-lambatkan pengkebumian adalah haram.
  2. Pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya. Tindakan melambat-lambatkan siasatan sehingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan adalah juga haram.
  3. Menyimpan atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah bagi kemaslahatan umum adalah harus.

No comments:

Post a Comment