SUASANA DI
ALAM BARZAKH
Akhirat destinasi yang akhir buat manusia. Tapi malangnya dia telah
dilupakan oleh manusia. Persediaan untuk ke sana diabaikan. Tempat persinggahan
sementara ke Akhirat ialah kubur atau Alam Barzakh. Border di antara dunia dan
Akhirat. Di sana ada peperiksaan…
Adapun peristiwa di alam kubur atau di alam barzakh bermula apabila
seseorang itu telah mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur. Di alam
kubur itulah seseorang itu dikatakan berada di alam barzakh. Barzakh ialah
dinding pemisah di antara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu
di antara alam dunia dengan alam akhirat. Setelah seseorang itu mati, dia akan
kembali ke alam akhirat tetapi sebelum menempuh alam akhirat, dia akan berada
di alam barzakh terlebih dahulu. Alam akhirat yang sebenarnya ialah alam
Mahsyar iaitu setelah berlaku kiamat yang seterusnya manusia akan menuju ke
syurga atau ke neraka. Jadi, alam barzakh ialah tempat seseorang itu akan
menunggu setelah dia mati sebelum dia dibangkitkan semula oleh Allah SWT di
hari kiamat nanti.
Apabila seseorang itu mati, dia akan ditanamkan. Ada
setengah-setengahnya dibakar, namun hakikamya adalah ditanam juga dan tetap
menuju ke alam barzakh juga. Bagi umat Islam, setiap yang telah mati adalah
ditanam. Begitu juga sebahagian dari orang-orang kafir. Dan apabila seorang itu
telah ditanam atau dikebuminkan, mana-mana yang mempercayai talqin akan
membacakan talqin ke atasnya tetapi mana-mana yang tidak mempercayai talqin,
mereka yang menghantarkan seseorang yang telah mati itu ke kubur akan pulang,
tidak kira sama ada dia suaminya atau anaknya atau isterinya atau siapa saja.
Tidak ada siapa yang mahu menunggu lama-lama di atas kubur tadi. Maka akan
tinggallah seseorang yang telah mati itu tadi berseorang diri di dalam kubur
yang sempit lagi gelap gulita itu.
Menurut satu riwayat hadis Rasulullah SAW, kibaran pakaian orang-orang
yang hidup di atas kubur ketika meninggalkan kubur si mati setelah upacara
pengkebumian selesai, dapat didengar oleh mayat yang terkujur di dalam tanah
itu. Dan setelah beberapa langkah mereka meninggalkan mayat orang yang telah
dikebumikan tadi, Allah SWT meniupkan semula roh si mati tadi ke dalam
jasadnya. Ketika itu, mayat tadi pun terkejut dan bingkas bangun. Ada satu
riwayat dari Syeikh Ibnu Hajar Haitami, roh yang dikembalikan oleh Allah SWT
kepada mayat itu hanya kepada sebahagian badannya saja iaitu dari punggung ke
atas.
Kemudian, setelah roh ditiupkan semula oleh Allah SWT kepada si mayat,
dia pun hidup semula. Ketika itu datanglah dua orang malaikat yang bernama
Mungkar dan Nakir untuk menyoal si mayat tadi. Adapun Mungkar dan Nakir ini
akan hadir kepada setiap yang mati sama ada dia mukmin atau kafir, sama ada
mukmin yang ahli syurga atau pun mukmin yang derhaka, yang munafik, yang
musyrik dan sebagainya. Dan Mungkar dan Nakir ini ialah dua orang malaikat yang
tidak siapa pun pernah melihat rupanya, walaupun Rasulullah SAW. Dengan sebab
itu, tidak siapa pun kenal dan tahu akan kedua malaikat ini. Sebab itulah
mereka berdua dinamakan Mungkar dan Nakir. Walau bagaimana pun keadaan kedua
orang malaikat ini dapat digambarkan juga oleh ulama-ulama yang jiwa mereka
siici dan bersih yang mana mereka itu sentiasa dalam pimpinan Allah SWT. Walau
pun kedua malaikat malaikat Mungkar dan Nakir tidak pernah dilihat oleh sesiapa
pun, tidak seperti malaikat- malaikat lain umpamanya Jibril dan Mikail yang
mana kedua mereka itu pernah dilihat oleh Rasulullah malah Jibril adalah yang
selalu bertemu dengan Rasulullah sama ada dalam rupanya yang asal mahupun dalam
rupa menyamar, namun ada riwayat-riwayat hadis yang menggambarkan keadaan Mungkar
dan Nakir itu.
Di dalam satu riwayat hadis menceritakan bahawa muka Mungkar dan Nakir
ini adalah amat hitam dan legam lagi kebiru-biruan. Mukanya itu adalah terlalu
besar dan lebar. Selain dari itu, jasadnya juga adalah hitam legam serta
kebiru-biruan. Mata Mungkar dan Nangkir ini adalah merah menyala seperti sebiji
periuk tembaga. Di dalam satu riwayat lain, mata Mungkar dan Nakir itu
dikatakan seperti kilat yang menyambar, bersinar-sinar lagi tajam. Begitu juga
keadaan matanya hinggakan tidak ada siapa pun yang boleh menatap matanya itu.
Suara kedua malaikat itu adalah seperti guruh halilintar yang membelah
langit malah lebih dahsyat dari itu lagi. Kemudian, apabila malaikat ini
bersuara ketika menyoal si mati dari golongan orang-orang yang mukin tetapi
derhaka kepada Allah seperti orang yang mengaku mukmin tetapi tidak sembahyang,
tidak puasa, tidak bersedekah, tidak naik haji bila cukup syarat, tidak mahu
menunaikan perintah-perintah Tuhan malah melakukan larangan-larangan Tuhan
seperti minum arak, main judi, bergaul bebas, berzina, mendedah aurat dan
lain-lainnya dan juga bersuara kepada orang-orang munafik, orang kafir serta
orang-orang musyrik, keluar dai mulut kedua malaikal itu suatu api yang
menyambar dan membakar mayat-mayat tadi.
Cuba kita bayangkan keadaan mayat yang keseorangan diri di dalam alam
kubur atau alam barzakh tadi, tiada teman dan taulan, tiada sanak saudara,
tiada pangkat dan darjat dan sebagainya. Semua itu sudah tinggal di dunia dan
yang akan mengiring mayat ke dalam kubur hanyalah amal soleh yang akan menjadi
pembela di dalam segala perbicaraan. Kalau ada amal soleh, maka akan
terselamatlah kita di dalam persoalan-persoalan kedua malaikat tadi tetapi
kalaulah amal tholeh saja yang mengiring atau amal jahat, maka akan musnahlah
si mayat. Dalam keadaan demikian terpekik terlolonglah si mayat seorang diri,
tidak ada siapa yang tahu dan tidak ada siapa yang mendengarnya.
Dalam kita membayangkan keadaan mayat di dalam kubur tadi, janganlah
kita bayangkan keadaan seperti lubang kubur yang kita korek pada ketika hendak
menanamkan mayat. Alam barzakh atau alam kubur, bukanlah seperti liang lahad
yang kita korek untuk kita tanamkan si mayat. Ia adalah satu alam yang lain,
yang terpisah dari alam nyata ini. Lubang kubur yang kita korek tadi hanya
tempat kita hendak menyimpan mayat. Ia masih di alam nyata iaitu di muka bumi.
Pendek
kata, kalau kita korek semula lubang kubur tadi, kita tetap dapat
melihat mayat yang kita tanamkan, terbujur baring dengan dibaham oleh ulat-ulat
dan cacing hingga seluruh tulang dan daging reput menjadi tanah. Oleh yang
demikian, bukan itu yang sebenarnya berlaku kepada si mayat di alam kubur. Yang
sebenarnya berlaku ialah, mereka sudah berpindah ke alam barzakh sambil
menunggu hari Pembicaraan di padang Yaumal Mahsyar nanti. Jadi, di alam barzakh
tempat setiap orang yang sudah mati itu menunggu itulah, mereka masing-masing
akan bertemu dengan malaikat Mungkar dan Nakir yang keadaan mereka berdua itu
seperti yang digambarkan di atas tadi. Seterusnya, di tangan mereka terdapat
pemukul daripada besi atau cemeti besi yang mana pemukul mereka itu kalau
digunakan untuk memukul bukit-bukit dan gunung di dunia ini, akan hancur luluh
semuanya. Kalaulah gunung-ganang dan bukit bukau yang begitu kuat boleh hancur
berderai, bayangkanlah pemukul yang sama itu digunakan kepada jasad si mati
yang lemah longlai itu. Apakah daya upaya si mayat tadi untuk mempertahankan
dirinya. Tidak ada daya upaya. Cemeti besi yang begitu dahsyat yang menurut
satu riwayat lain, kalau berhimpun seluruh umat yang melontar Jumrah di Mina
sekali pun cemeti itu tidak terdaya untuk dipikul, tetap akan menghempap ke
jasad si mayat yang lemah dan kerdil tadi.
Cubalah kita bayangkan azabnya penderitaan si mayat bila dilibas oleh
cemeti besi yang dibawa oleh Mungkar dan Nakir. Kalau kita mati dengan membawa
amal tholeh, amal jahat, amal perbuatan yang sentiasa derhaka kepada Allah SWT,
kita tidak akan dapat lepas daripada berhadapan dengan kedua malaikat Mungkar
dan Nakir. Setiap mukallaf iaitu yang akil lagi baligh, kalau tidak
melaksanakan segala suruhan Tuhan dan menjauhkan segala laranganNya, azab yang
didatangkan oleh kedua Mungkar dan Nakir akan menimpa dirinya. Orang-orang yang
derhaka kepada Allah SWT, tidak mengerjakan suruhanNya dan tidak menjauhkan
laranganNya, dia tidak boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua
malaikat tadi. Setiap persoalan yang tidak boleh dijawab, kedua malaikat tadi
akan menjalankan penyeksaannya tanpa belas kasihan. Sekali pukul, akan hancur
seluruh jasad si mayat dan sakitnya terasa hingga ke hati. Kemudian, jasad itu
akan bercantum semula kerana di alam akhirat seseorang tidak akan mati lagi.
Apabila bercantum semula jasad si mati, pemukul besi Mungkar dan Nakir akan
melibas lagi ke dirinya. Dan begitulah seterusnya penyeksaan ini berlaku hingga
ke hari kiamat iaitu ketika semua manusia dibangkitkan kembali oleh Allah SWT
dengan tiupan sangkakala yang kedua. Sebab itulah, kita hendaklah memikirkan
dan menghayati kebenaran ini dengan sungguh-sungguhnya hingga terasa gerun dan
gentar untuk berhadapan dengan peristiwa di alam kubur kelak.
Persoalan-persoalan yang dihadapkan oleh Mungkar dan Nakir kepada kita adalah
merupakan persoalan Ketuhanan, Keimanan dan Keyakinan. Hal-hal yang demikian,
termasuk yang kita pelajari ini, hendaklah kita fahami dan kita hayati
sungguh-sungguh serta kita laksanakan di dalam kehidupan kita semasa kita boleh
lagi menyedut udara Allah di dunia ini, semasa kita masih lagi boleh makan sup
ayam, makan sate dan sebagainya. Kalau hala-hala yang bersangkutan dengan
Ketuhanan dan Keimanan dapat kiga hayati dan kita amalkan sungguh-sungguh dan
dapat menjadi pegangan dan keyakinan kita hingga di saat kita berhadapan dengan
sakaiatul maut, kita akan terlepas dari azab Mungkar dan Nakir, walaupun kita
akan berhadapan dengan keduanya, dengan menyaksikan tongkat besi mereka, suara
mereka yang begitu hebat dan dahsyat dan sebagainya. Namun, kita tetap tenang
tanpa takut dan gentar.
Malah bagi mukmin yang sejati, mukmin yang taat menjalankan setiap
perintah Tuhan, mukmin yang ketika di dunia mengerjakan amal-amal soieh serta
amal- amal yang akan dinilai Tuhan sebagai amal yang layak diberi ganjaran
pahala, ketika kedua Mungkar dan Nangkir datang bertanyakan diri, mereka akan
berkata-kata dengan suara yang lemah lembut walaupun rupanya begitu hebat dan
gagah tadi. Walau pun rupa mereka begitu mengerikan, tetapi kerana mereka
bersuara dengan lemah lembut, sedikit pun tidak mendatangkan gentar dan khuatir
kepada mayat mukmin yang soleh tadi. Bila kedua Mungkir dan Nakir bertanya
kepada mayat mukmin yang soleh tadi, setiap soalannya dapat dijawab. Semua
persoalan yang di- kemukakan seperti yang kita dengar melalui pembacaan talqin
seperti, “Siapa Tuhan kamu?” “Siapa penghulu kamu?” “Apa agama kamu?” “Siapa
imam kamu?” dan sebagainya, semua itu dapat kita jawab dengan lancar dan dengan
lidah yang fasih. Inilah yang berlaku kepada orang mukmin yang sejati.
Sebaliknya, orang mukmin yang derhaka, mukmin yang mati membawa
amal-amal jahat, mukmin yang mati membawa hati yang kotor yang berselaput
dengan sifat riak, sombong, takabur, hasad dengki, gila dunia, kedekut, bakhil,
pemarah, pembengis dan lain-lain sifat keji, dia tidak akan dapat menjawab
persoalan-persoalan yang walaupun nampaknya mudah saja. Persoalan seperti
“Siapa Tuhan kamu?” tentu nampaknya mudah saja dijawab kerana mungkin di dunia
kita telah menyebut nama Tuhan di dalam wirid zikir jutaan kali. Tetapi oleh
kerana kita mati dengan ntembawa amal jahat, amal yang derhaka kepada Tuhan,
amal yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT sama ada yang Iahir mahupun
yang batin, persoalan yang mudah seperti “Siapa Tuhan kamu?” tidak akan dapat
dijawab. Allah SWT tidak mengizinkan orang-orang yang derhaka, ingkar dan
mungkar menyebut namaNya ketika di akhirat nanti. Allah tidak akan mengizinkan
orang yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak taat kepada suruhan yang
terkandung di dalam ajaran Islam menyebut namaNya ketika di akhirat nanti Allah
akan kunci mati mulutnya.
Begitu juga. dia tidak akan dapat menjawab penanyaan. “Siapa penghulu
kamu?” dengan mengatakan “Muhammad nabi aku” kerana di dunia dia tidak
menjalankan disunnahkan oleh Rasul. Walaupun di dunia dia menyambut hari
keputeraan Rasul, telah membaca sejarah Rasul dan sebagainya, tetapi kerana dia
tidak ikut sunnah Rasul. tindak tanduknya setiap hari tidak sesuai dengan apa
yang Rasul suruh dan apa yang Rasul larang, maka di akhirat nanti dia tidak boleh
menyebut Muhammad itu pesuruh Allah nabi yang menjadi ikutan kita.
Begitu juga, orang mukmin yang derhaka kepada Allah, dia tidak boleh
menjawab soaian “Siapa imam kamu?” Soalan ini nampaknya rnudah tetapi bukan
mudah bagi mukmin yang derhaka kerana dia tidak faham maksud imam di sini. Imam
yang dimaksudkan ialah Al Quran. Dia nanti tidak boleh menyebut Al Quran kerana
di dunia dia hanya tahu apa itu Al Quran tetapi hidupnya tidak disuluh dengan
Al Quran. Kehendak Al Quran tidak diikuti sepenuhnya. Boleh jadi kita ikul
setengah darinya tetapi yang setengah lagi kita tidak ikut. Kerana ini, orang
yang demikian tidak akan dapat menjawab “Al Quran itu imamku”. Malah orang yang
demikian, Allah sebut di dalam Al Quran, maksudnya: Apakah kamu beriman dengan
sebahagian daripada kitab (iaitu Al-Quran) dan kufur dengan sebahagian yang
lain (iaitu engkar). Tidaklah ada balasannya bagi orang yang berbuat demikian
melainkan hina hidupnya di dunia dan di akhirat dia akan dikembalikan kepada
azab yang amat dahsyat. Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu
buat”
Dan bagitu jugalah dengan soalan-soalan yang lain, walaupun nampaknya
mudah tetapi bagi orang-orang yang durhaka kepada Allah, lidahnya kelu dan
Allah kunci mati mulutnya hingga tidak boleh berkata apa-apa lagi. Mungkar dan
nangkir akan mengazabnya dengan azab yang amat dahsyat.
Sebaliknya, bagi orang mukmin yang soleh, yang taat kepada perintah
Allah dan Rasul yang mengatur setiap aspek kehidupannya mengikut Al-Quran dan
Sunnah dari aspek yang sekecil-kecilnya hinggalah ke aspek yang
sebesar-besamya, mereka-mereka ini dapat menjawab dengan mudah setiap soalan
yang ditanya oleh Mungkar dan Nakir. Apabila semua soalan itu telah dijawab,
maka malaikat Mungkar dan Nakir pun mempersilakan mayat tadi berehat di satu
kawasan yang sangat luas. Kemudian malaikal pun berkala, “Tidurlah kamu di sini
sebagai tidur pengantin”. Yang dimaksudkan ialah tidur yang penuh dengan
keindahan dan keseronokan yang dinikmati di alam barzakh bagi orang mukmin
soleh adalah lebih dari keindahan malam pengantin. Nikmat-nikmat kehidupan di
dalam Syurga Allah hantarkan melalui malaikat-malaikat untuk mereka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Apabila seseorang manusia itu
meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang
kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. Hadis
Riwayat Muslim
Bagi orang-orang munafik dan orang kafir serta mukmin yang derhaka pula,
malaikat-malaikat Mungkar dan Nakir akan berkata dengan mereka dengan muka yang
menggerunkan serta dengan suara yang kasar hingga si mayat terketar-ketar dan
takut. Kehidupan mereka ini di alam barzakh sentiasa penuh dengan ketakutan yang
tidak terhingga. Kepada siapa pun dia tidak boleh meminta pertolongan sama ada
kepada sanak-saudara, sahabat handai ataupun kepada anak isteri. Masing-masing
tidak boleh mendengar jerit-pekik si mayat tadi. Yang mendengar hanyalah
binatang-binatang seperti ayam itik, kambing, lembu dan sebagainya.
Adapun azab dan derita yang diberikan kepada orang-orang kafir, orang
munafik dan orang-orang mukmin yang derhaka akan berterusan hingga ke hari
Qiamat. Cuma bagi orang mukmin yang derhaka kerana dia mati membawa iman, azab
yang diterimanya sekali-sekala Allah rehatkan juga. Walaupun azabnya berlaku
hingga ke hari Qiamat, tetapi ada ketika-ketikanya orang-orang mukmin yang
derhaka itu direhatkan iaitu bila datang malam Jumaat dan bila datang bulan
Ramadhan. Selain dari itu, mukmin yang derhaka ini akan juga mendapat
keringanan azab apabila kaum keluarga atau sanak-saudara serta anak isteri di
dunia yang masih hidup ingat kepada si mati dan mengirimkan doa serta sedekah
jariah yang pahalanya dikasadkan atau disedekahkan kepada si mati. Malah, kalau
kiriman yang sepenuhnya diperolehi oleh si mati daripada mereka-mereka yang
masih hidup terutamanya dari anak-anak yang soleh, kemungkinan azab atau siksa
yang diterima akan diberhentikan terus. Inilah peluang yang diberikan oleh
Allah SWT kepada orang-orang yang mati sebelum hari Qiamat iaitu peluang untuk
mereka singgah dan berihat di alam barzakh di samping boleh menerima
kiriman-kiriman pahala dari mereka-mereka yang masih hidup terutamanya dari
waris-waris si mati.
Doa, wirid zikir, baca Al Quran, sedekah tahlil, Yasin dan sebagainya,
kecuali amal-amal yang fardhu, semuanya itu boleh dikirimkan kepada
mereka-mereka yang telah mati lebih dahulu dengan mengkasadkan atau meniatkan
pahalanya disedekahkan kepada mereka. Mereka akan dilonggarkan daripada azab
yang diterima dan kalau pahala yang sepenuh diterima, boleh jadi azab yang
diterima itu dihentikan langsung. Jadi, sebagai anak atau sebagai isteri atau
sebagai suami yang sanak saudara masing-masing telah kembali ke alam barzakh
terlebih dahulu, eloklah meniatkan amal-amal bakti yang bukan fardhu agar
pahalanya disedekahkan kepada mereka. Malah bukan saja kita sedekahkan
pahalanya kepada sanak saudara kita yang lelah meninggal lebih dahulu, kita
juga meniatkan sedekahnya kepada seluruh orang mukmin lelaki dan perempuan.
Sebenarnya, dengan kita mengkasadkan atau meniatkan pahala amal soleh
kita kepada orang-orang mukimun yang telah mati lebih dahulu, kita masih lagi
mendapat pahalanya. Janganlah kita khuatirkan yang kalau kita sedekahkan pahala
amal kita itu kepada sanak saudara serta seluruh orang mukmin yang telah mati,
kita tidak mendapal apa-apa pahala lagi. Sebenar, kita tetap juga menerima
pahalanya disamping kita dinilai oleh Allah sebagai orang yang tidak kedekut dengan
pahala dan kedekut dengan amal. Kita boleh bersikap tamakkan pahala atau
mengaut sebanyak pahala yang boleh tetapi kita tidak boleh kedekut dengannya.
Hendaklah kita dedahkan kepada siapa saja yang sudah mati sama ada mereka orang
soleh ataupun orang yang derhaka.
Seterusnya, selain dari siksa-siksa yang diterima oleh seseorang yang
telah mati dalam keadaan derhaka kepada Allah SWT seperti yang kita sebutkan
tadi, ada lagi siksa-siksa yang berbagai-bagai jenis yang juga akan diterima
oleh si mati. Di antaranya ialah sepertimana kata Rasulullah di dalam sebuah
hadisnya yang diriwayatkan oleh Abi Said AL Qudri, katanya, “Aku dengar
Rasulullah SAW bersabda, (maksudnya). Terjemahan : Allah SWT telah mengirimkan
kepada orang-orang kafir (termasuk juga orang-orang munafik dan orang mukmin
derhaka) 99 ekor ular yang besar-besar dan ular-ular itu akan menggigit dan
mengetit dengan amat bisanya ke atas mayat itu hingga ke hari Qiamat. Jika
sesekor dari ular itu datang ke atas muka bumi lalu menghembuskan nafasnya yang
bisa itu ke muka bumi ini, nescaya tidak ada satupun yang akan tumbuh di muka
bumi ini.
Begitulah dahsyatnya siksa yang akan diterima oleh orang-orang munafik,
orang-orang kafir serta orang-orang mukmin yang derhaka ketika berada di alam
kubur. Bukan saja ular-ular itu besar dan meng- gerunkan, malah ia akan
mengetit dan menggigit dengan gigitan yang berbisa sekali. Diibaratkan bahawa
kalau hembusan nafasnya yang bisa itu ditiup ke muka bumi, nescaya tidak ada
satu tumbuhan pun yang dapat hidup di muka bumi ini.
Lagi satu siksa yang diterima oleh mayat yang derhaka kepada Allah di
dalam kubur ialah siksa himpitan kubur. Kubur yang sempit itu akan menghimpit
mayat hingga berselisih tulang-tulang rusuk. Kubur akan menghimpit si mayat
apabila dia tidak dapat menjawab soalan- soalan yang ditanya oleh malaikat
Mungkar dan Nakir. Selain dari itu, azab yang akan diterima oleh si mayat di
alam kubur ialah azab yang didatangkan oleh malaikat ketika salah satu dari
pintu neraka dibukakan. Api dari pintu neraka itu akan menyembur dan menuju ke
alam bareah tempat mayat itu disiksa. Jadi, di alam barzakh lagi, manusia sudah
menerima sebahagian kecil daripada azab api neraka. Sepertimana yang telah kita
sebutkan, bagi orang-orang mukmin yang sejati atau orang-orang mukmin yang soleh,
dia terlepas dari sebarang siksa kubur hatta malaikat Mungkar dan Nakir yang
begitu ganas dan garang pun menjadi lemah lembut dengan mereka. Bagi mereka,
alam barzakh ialah tempat mereka berehat dengan penuh keindahan dan kenikmatan.
Allah datangkan untuk mereka nikmat-nikmat yang banyak sepertimana nikmat di
dalam Syurga. Setengah daripada nikmat untuk mereka ialah Allah perluaskan
kubur mereka hingga 70 hasta lebar. Dan kemudian Allah panjangkan kubur itu
sehingga 70 hasta panjang. Maka berehatlah si mayat di dalam rumahnya yang
begitu lebar dan luas sehingga ke hari qiamat.
Setelah Allah perluas dan Allah perpanjangkan kubur orang soleh, Allah
bukakan salah satu daripada pintu Syurga. Maka mengalirlah sebahagian daripada
nikmat Syurga termasuk makanan yang ]azat-lazat, rasa keseronokan dan keindahan
yang tidak terkira dan lain-lain nikmat Syurga. Cuma ulama-ulama tidak pernah
menyebut tentang nikmat bidadari Syurga bagi mereka yang berehat di alam
barzakh. Begitu juga, di alam barzakh tidak ada pelayan-pelayan sepertimana
yang terdapat di dalam Syurga. Ertinya, di alam barzakh, masing-masing adalah
bersendiri sahaja. Walau pun bersendirian, tetapi dia masih seronok dan
gembira. Hidupnya di alam barzakh penuh bergemerlapan, diterangi oleh cahaya-cahaya
dan suasana Syurga. Cahaya yang meneranginya di alam kubur adalah dari lampur
yang cantik dan mdah, memberikan dia rasa yang nyaman tidak panas dan tidak
juga sejuk.
Kemudian Allah datangkan kepadanya salah satu daripada pohon syurga.
Maka adalah baginya buah-buahan yang lazat-lazat di samping ada air yang
mengalir. Yang demikian, kata ulamak, jadilah suasana di alam barzakh bagi
orang-orang mukmin yang soleh seperti suasana malam bulan pumama setiap saat
dan ketika sehinggalah dia dihimpunkan di padang Yauma Mahsyar kelak.
Demikianlah serba sedikit gambaran terhadap peristiwa-peristiwa yang
berlaku kepada manusia di alam barzakh atau di dalam kubur sama ada yang telah
berlaku iaitu bagi mereka-mereka yang telah mati lebih dahulu dari kita ataupun
yang akan berlaku ke atas kita-kita semua apabila kita mati kelak. Dan pada
masa ini, peristiwa-peristiwa itu sedang menimpa mereka-mereka yang berada di
alam barzakh. Khususnya bagi orang-orang munafik dan orang-orang kafir, mereka
ini sedang menerima siksa dan az.ab yang tidak henti-hentinya.
Begitu juga bagi bagi orang-orang mukmin yang derhaka, irigkar dan
mungkar terhadap perintah-perintah Allah yang ketika di dunia dulu mengakui
Islam tidak mahu hidup menurut yang dikehendaki oleh Islam tetapi sebaliknya
lebih suka hidup menurut cara-cara yang lain dari Islam seperti cara orang
Yahudi, cara orang Nasrani, cara orang barat, cara orang timur dan sebagainya,
maka bagi mereka ini juga kini sedang menerima azab siksa kubur yang keadaannya
adalah seperti azab di dalam neraka Allah.
Cuma, bagi orang mukmin yang sebenar-benarnya iaitu orang mukmin yang
taat mengerjakan perintah Allah, membuat perkara yang disuruh sama ada yang
fardhu mahupun yang sunat dan meninggalkan perkara yang dilarang dan yang
diharamkan oleh Allah SWT, sama ada yang haram ataupun mereka yang makruh, bagi
mereka ini alam barzakh ataupun alam kubur adalah tempat mereka berehat dan
tempat mereka menenangkan hati. Kini mereka sedang menikmati sebahagian
daripada nikmat-nikmat Syurga yang Allah anugerahkan kepada mereka.
Kita yang masih hidup ini hendaklah menjadikan cerita-cerita yang
diriwayatkan dari hadis-hadis sahih Rasulullah SAW ini mengenai peristiwa alam
kubur sebagai satu pengajaran yang wajib kita pegang dan kita yakini supaya
kita dapat mengatur langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan diri kita
daripada siksa dan azab di alam barzakh. Caranya ialah dengan benar-benar
menyusun dan mengatur setiap aspek kehidupan ini mengikut yang dikehendaki oleh
ajaran Islam, ajaran Allah dan Rasul serta ajaran Al Quran dan sunnah
Rasulullah SAW. Sama ada dalam kita mengatur diri kita, dalam kita mengatur
rumah-tangga kita, dalam kita mengatur anak isteri kita,”dalam kita mengatur
usaha ikhtiar kita, dalam kita mencari rezki, mencari ilmu pengetahuan dan
lain-lainnya, semuanya itu hendaklah mengikut yang dikehendaki oleh Al Quran
dan sunnah. Setiap aspek kehidupan kita itu mestilah menurut ajaran Islam,
barulah kita akan terselamat di akhirat nanti.
Ingatkanlah kematian kita itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat.
Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua. Begitu juga Allah
tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit. Tidak pun sakit boleh mati juga.
Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu. Semua orang tahu, kan pengalaman
bersama. Ada orang mati kecil, ada orang mati muda, ada orang mati tua. Ada
orang mati tanpa sebab apa-apa. Sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba
terlintuk saja. Ditengok nafas sudah tiada. Oleh itu janganlah senang-senang
hati dengan kematian. Kematian bila-bila masa berlaku. Kita tunggulah kematian
itu dari nafas ke nafas. Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan.
Hendak membangun, membangunlah. Tapi ingatlah waktu itu boleh mati. Hendak
maju, majulah tapi kematian boleh berlaku di waktu itu. Hendak kejar kekayaan
kejarlah. Tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati. Ingatlah mati di
dalam sebarang hal. Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar
dengan Tuhan. Bila jiwa takut dengan Tuhan. Kita takut hendak membuat dosa di
dalam sebarang hal.
Kemudian, satu peristiwa lagi yang berlaku kepada semua manusia di alam
barzakh ialah ketika telah tamat riwayat alam zahir ini ataupun alam dunia ini.
Ketika itu, Allah akan perintahkan kepada malaikat bernama Israfil untuk meniup
Sangkakala yang pertama yang akan mematikan seluruh isi langit dan isi bumi
dengan kematian yang amat mengejut. Datangnya tiupan Sangkakala yang pertama mi
amat menakutkan setiap yang masih hidup hingga ke saat itu kerana bunyinya yang
amat dahsyat yang tidak pemah didengar oleh setiap makhluk selama itu. Tidak
satu pun makhluk yang bernyawa dapat terselamat. Semuanya akan mati termasuklah
iblis dan syaitan yang sentiasa mengajak dan menarik manusia melakukan maksiat.
Jadi, riwayat iblis yang engkar dan derhaka kepada Allah SWT, yang
bersumpah untuk memusnahkan manusia dan meminta agar dipanjangkan umurnya,
berakhir dcngan tiupan Sangkakala yang pertama ini. Riwayat kejahalan iblis
sepertimana yang kita ketahui bermula dari nenek moyang kila Nabi Adam AS dan
isterinya Siti Hawa. Iblis dapat masuk ke dalam Syurga dan menghasut isteri
Nabi Adam melakukan satu kesalahan hingga menyebabkan mercka disingkir keluar
dari Syurga ke alam dunia yang hina dina ini. Perbuatan iblis telah menyebabkan
Nabi Adam dan isterinya terpisah selama lebih kurang 40 tahun di atas bumi yang
tandus dan gersang sehinggalah mereka bertemua kembali di Padang Aralah. Cuma,
apa yang berlaku kepada Nabi Adam dan isterinya adalah hikmah besar kepada
umat-umat yang akan terjadi sclepas dari itu. Perlakuan Nabi Adam dan isterinya
yang bertemua di Padang Arafah telah menjadi syariat kepada setiap umat Islam
selepas itu supaya berhimpun di Padang Arafah pada hari 9 zulhijjah.
Daripada penipuan iblis buat pertama kali yang berlaku kepada Nabi Adam
dan isterinya itu, seterusnya berlakulah penipuan-penipuan yang lain kepada
umat manusia hinggalah ke saat tiupan Sangkakala yang pertama tadi. Telah
ramailah manusia yang tertipu dan terjebak ke dalam perangkap jahat iblis dan
syaitan. Terlalu ramailah manusia yang berjaya ditipu dan dihasut oleh iblis
serta anak-anak buahnya yang begitu ramai sekali. Buktinya, lebih dari 3/ 4
umat manusia adalah yang kafir, yang munafik dan yang derhaka kepada Allah SWT
kerana telah berjaya dipesongkan akidah mereka oleh iblis dan syaitan. Jadi,
iblis dan syaitan begitu panjang sekali umurnya yang hidup di kalangan umat
manusia. Ketika hidupnya, setiap manusia telah dihasut dan digoda hingga jatuh
ke dalam perangkapnya. Hatta isteri para Rasul dan para Nabi yang kemudian dari
Nabi Adam pun, banyak yang tertipu daya oleh iblis dan syaitan. Malah isteri
Rasulullah pun, cemas-cemas juga terperangkap dengan hasutan iblis dan syaitan.
Sebab itulah, isteri-isteri kita hendaklah berhati-hati kerana hasutan iblis
dan syaitan adalah terlalu halus dan bijak. Kalau isteri Rasul-rasul pun boleh
terperangkap, apa lagilah dcngan isteri-isteri kila yang imannya lemah dan
longgar. Mudah sekalilah lblis dan syaitan menggoda mereka.
Malah, bukan saja para isteri dan para kaum perempuan saja yang perlu
berhati-hati terhadap godaan iblis dan syaitan ini, para-para suami dan kaum
lelaki juga wajib ber- hati-hati dan hendaklah sungguh-sungguh berusaha melawan
kehendak iblis dan syaitan, melawan nafsu dan ikhlas beribadah kepada Allah
SWT. Yang demikian sahajalah syaitan akan takut dan akan lari daripada kita.
Hendaklah kita faham dan perhatikan sungguh-sungguh tipu daya syaitan ini ialah
dengan hati kita sentiasa menyebut nama Allah, hati kita sentiasa mengingati
Allah SWT. Iblis dan syaitan adalah makhluk Allah juga dan kalau kita sentiasa
mengingati Allah, Dialah yang akan menolong kita menjauhkan iblis dan syaitan
itu.
Jadi, iblis dan syaitan yang jahat dan yang panjang umur itu akan mati
juga apabila bertiup Sangkakala yang pertama. Malah malaikat-malaikat juga mati
semuanya, kecuali mereka-mereka yang masih dikehendaki hidup oleh Allah SWT
seperti Bidadari-bidadari Syurga, pelayan-pelayan Syurga dan setengah-setengah
malaikat. Jadi, tidak ada siapa yang boleh terlepas daripada mati. Ini telah
ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al Quran, maksudnya; Terjemahan : Setiap
yang bernyawa pasli akan menemui mati – Al Imran: 185
Ertinya, setiap makhluk yang hidup sama ada yang di bumi, di lautan, di
langit dan di mana saja, semuanya akan mati. Manusia, jin, iblis, syaitan,
malaikat, binatang-binatang dan lain-lain makhluk yang bernyawa, semuanya akan
mati. Dan setelah semuanya mati, maka tenanglah segala-galanya. Semuanya sudah
tidak ada Iagi melainkan Syurga, Neraka, Arasy, Kursi, Luhmafudz dan
juzuk-juzuk yang Allah kekalkan secara kekal Aradhi. Cuma, Zat Allah SWT adalah
kekal abadi dengan kekal yang wajib dan kekal yang tiada kesudahan kerana
wujudnya Allah adalah wujudnya yang tiada permulaan. Dan keadaan yang tenang
ini akan berlalu selama kira-kira 40 tahun. Dalam masa 40 tahun inilah, seluruh
manusia yang berada di alam kubur juga tenang dan tidur, sama ada yang mukmin
mahupun yang kafir.
http://www.usahataqwa.com/kematian/alam-barzakh.html
No comments:
Post a Comment