Hukum Binaan Di Atas Kubur
Oleh : Ustaz Nik Nazimuddin
Siri Pertama
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على رسول
لله وعلى آله وصحبه
ومن تبعهم الى يوم
القيامة
, أما بعد:
Disusunkan artikel ini bertujuan menerangkan kepada
masyarakat tentang beberapa hukum yang dikelirukan oleh sesetengah pihak yang
menggunakan zahir lafaz hadis tanpa merujuk kepada huraian ulama mujtahid yang
berkelayakkan dalam menghuraikan hukum-hakam yang tersirat di dalam sesebuah
hadis. Para ulama yang muktabar memperincikan lagi maksud sebenar huraian imam
ikutan mereka itu. Maka mantaplah segala hukum dan terhindar daripada huraian
mengikut hawa nafsu, ilmu yang cetek serta akal yang dangkal. Ini kerana, tidak
semua diberikan ilmu yang seperti ulama-ulama tersebut. Merekalah pewaris nabi
yang beramanah dalam menjaga agama ini.
ان العلماء ورثة الأنبياء
ورثوا علما…
Ertinya: “ Sesungguhnya para ulama adalah pewaris kepada
para anbia dan mereka itu mewarisi keilmuan.…” (Al-Hadis)
Hukum Binaan Di atas Kubur
Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie
menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab
jenazah):
” ورأيت
من الولاة (بمكة) من
يهدم ما يبنى فيها
ولم أر فقهاء يعيبون
عليه ذلك ولأن في
ذلك تضييقا على الناس
“
Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan
binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha
(Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu
menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”
Katanya lagi: ” فان
كانت القبور في الأرض
يملكها الموتى في حياتهم
أو ورثتهم بعدهم , لم
يهدم شىء يبنى منها
وانما يهدم ان هدم
ما لا يملكه أحد
فهدمه لئلا يحجر على
الناس “
Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang
dimiliki oleh orang-orang mati semasa
hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak
boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di
dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya
supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang
suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut
dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):
” ولوجود
علة تحريم البناء في
ذلك وهى تحجير الأرض
على من يدفن بعد
بلاء الميت اذ الغالب
أن البناء يمكث الى
ما بعد البلى وأن
الناس يهابون فتح القبر
المبني فكان في البناء
تضييق للمقبرة ومنع الناس
من الانتفاع بها فحرم “
Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan
yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas
hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur
menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut
hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan
tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya
lalu ia menjadi haram.”
Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie
adalah:-
1) Binaan di dalam
tanah perkuburan milik sendiri
2) Binaan di dalam
tanah perkuburan disabilkan
3) Binaan yang
menyebabkan:
a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila
berlaku kesesakan)
b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang
berlebih-lebihan
Para ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud
sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti
berikut:-
Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah
perkuburan milik sendiri
Binaan yang di maksudkan itu ialah binaan yang sama betul
dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas) dan juga
binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah,
masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah
kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab
Syafie.
Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami
ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :
” (ويكره
تجصيص القبر والبناء) عليه
في حريمه وخارجه, نعم
ان خشي نبش أو
حفر سبع أو هدم
سيل لم يكره “
Ertinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik
sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada
permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun
begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau
dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang
buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”
As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di
dalam Hasyiahnya:
” أي
ويكره على القبر في
حريمه وهو ما قرب
منه جدا وخارج الحريم
هذا في غير المسبلة
“
Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada
permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan
liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas
daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah
perkuburan yang bukan disabilkan
( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”
Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan
bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada
permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang
terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan
milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.
Di dalam kitab Murghni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah
ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj
dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa
dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan
permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur
kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa
membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang
terlebih luas daripada itu).”
Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di
dalam tanah perkuburan milik sendiri
Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada
haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama
dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri. Tujuan didirikan binaan
tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur mereka
dan sempena mengambil berkat.
Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3,
m/s 226):
” قال
بعضهم الا في صحابي
ومشهور الولاية فلا يجوز
وان انمحق ويؤيده تصريحهم
بجواز الوصية بعمارة قبور
الصلحاء أي في غير
المسبلة على ما يأتي
في الوصية لما فيه
من احياء الزيارة والتبرك
“
Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada
kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus
membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka
dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya
dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah
perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab
wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena
mengambil berkat.”
Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan
Di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan,
haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan
binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan
syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.
Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika
mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:
“( ولو
بني في مقبرة مسبلة,
هدم) البناء وجوبا لحرمته
ولما فيه من تضييق
على الناس وسواء أبني
قبة أو بيتا أو
مسجدا أم غيرها “
Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan
perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum
yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya
sebab (العلة) pengharaman
iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti
itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”
Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam
tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam
Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau
binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur
mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka
difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam
tanah perkuburan yang disabilkan.
Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama
dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan
Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama
dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan
seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang
terlebih luas daripada liang lahad kubur.
Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli
bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند
قول المتن لا للتكفين
على الأصح ) ketika membahaskan
larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk
ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang
lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan
perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan
di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan
menziarahi dan mengambil berkat.
Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah
hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya
sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang
lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini
sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam
Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:
” والمراد
بعمارة ذلك بناء محل
الميت فقط لا بناء
القباب ونحوها “
Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut
ialah binaan di tempat liang lahad
simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah
dan seumpamanya.”
Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan:
“ Pendapat yang
muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu
harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta
membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka
di dalam tanah kubur yang disabilkan.”
(حاشية
الشرواني على التحفة : كتاب
الوصايا وما يتعلق به
عند قول المتن واذا
أوصى لجهة عامة فالشرط
أن لا تكون معصية
: ج 3/ ص 6)
Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa
diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik
dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam
tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab
‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :
” وقال
البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور
الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي) , وعبارة
الرحماني : نعم قبور الصالحين
يجوز بناؤها ولو قبة
لاحياء الزيارة والتبرك , قال
الحلبي : ولو في مسبلة
وأفتى به وقد أمر
به الشيخ الزيادي مع
ولايته…”
Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab
syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada,
orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut:
Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya,
sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil
berkat. Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan
dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya
didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”
Sumber : http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=28%3Ahukum-binaan-di-atas-kubur&catid=9%3Asoal-jawab-agama&Itemid=25
No comments:
Post a Comment