HUKUM MELETAKAN DAUN
DAN BUNGA DI ATAS KUBUR
Firman Allah : Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit
dan apa-apa yang ada di bumi (Surah at Taghabun 64:1)
1. Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyarankan agar
di atas kuburan diletakkan pelepah kurma sebagaimana dalam sebuah hadits
"Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa tetapi
bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang dari padanya disiksa kerana dahulu
dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri
daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang
masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah
satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil
bersabda: Semoga pelepah ini dapat meringankan seksanya selagi ia belum
kering." (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292)
2. Para Ulama menngqiyaskan/menyamakan pelepah kurma dalam
hadits di atas dengan segala macam tumbuh-tumbuhan yang masih basah sebagaimana
yang di jelaskan oleh Syaikh Al-Khathib Asy-Syarbini dalam kitab Mughni
Al-Muhtaj
ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر وكذا الريحان ونحوه من
الشيء الرطب ولا يجوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا
عند يبسه لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الاستغفار ( و ) أن يوضع ( عند
رأسه حجر أو خشبة ) أو نحو ذلك لأنه صلى الله عليه وسلم وضع عند رأس عثمان بن
مظعون صخرة وقال أتعلم بها قبر أخي لأدفن إليه من مات من أهلي رواه أبو داود وعن
الماوردي استحباب ذلك عند رجليه أيضا
“Disunnahkan menaruh pelepah kurma hijau (basah) di atas
kuburan, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan semacamnya yang
masih basah dan tidak boleh bagi orang lain mengambilnya dari atas kuburan
sebelum masa keringnya karena pemiliknya tidak akan berpaling darinya kecuali
setelah kering sebab telah hilangnya fungsi penaruhan benda-benda tersebut
dimana selagi benda tersebut masih basah maka akan terus memohonkan ampunan
padanya
3. Dalam kitab Fatawa al Hadithiah m/s 196 disebutkan :
" Para ulama beristinbath daripada perbuatan Nabi
SallaLlahu ‘alaihi wasallam mencacakkan dua pelepah tamar di atas kubur, untuk
bolehnya mencacak pokok dan bunga tetapi mereka tidak menerangkan caranya.
Walau bagaimanapun, di dalam hadits sahih disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu
‘alaihi wasallam mencacak satu cacakan pada setiap kubur, maka bolehlah diambil
pelajaran, ia merangkumi semua bahagian kubur. Maka tujuan yang boleh diambil daripadanya
ialah di mana-mana bahagian kubur pun boleh. Abdul bin Humaid dalam Musnadnya
bahawa Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam meletakkan pelepah itu di atas kubur di
sisi kepala mayat di kubur tersebut "
4. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa
al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan
golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana
ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah
Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan
lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah
SWT.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah
dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan
harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh
kepada haram disebabkan membazir.
5. Menyiram air di atas kuburan dan meletakkan daun-daunan yang
hijau (segar) hukumnya sunnah, khususnya untuk kuburan yang baru ditimbun.
Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw memerciki kuburan puteranya tercinta
Ibrahim dengan air dan meletakkan daun-daunan yang segar di atasnya (Riwayat
Imam Syafi’i, Nailul Authar : 4/84).
6. Di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di
atas kuburan2 ,‘karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat
akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut.Lihat ; I’aanah
at-Thoolibiin : II/120
يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ
تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا
مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ
Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas
kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan
beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal
ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang
harum dan basah atau yang masih segar.(I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)
Wallahua’lam
Oleh: Ustaz Zamihan
Al-Ghari
No comments:
Post a Comment