KEPUTUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 13 Julai 2000 telah bersetuju sekiranya didapati mayat-mayat yang tidak diketahui identitinya dan agamanya, maka pihak berwajib hendaklah menguruskan dengan memandikan, mengkapankannya tanpa disembahyangkan lalu mengkebumikannya di pinggir perkuburan Islam.
Mesyuarat juga mendesak pihak kerajaan supaya menyediakan tanah perkuburan khas untuk mengkebumikan mayat-mayat seperti itu.
No comments:
Post a Comment