Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 Apr 1984 telah membincangkan Penanaman Pokok Buah-Buahan Di Tanah Perkuburan. Muzakarah telah memutuskan bahawa menanam pokok buah-buahan di atas tanah yang dikhaskan bagi kubur di Rancangan Felda hukumnya harus dan hasil yang diperolehi adalah halal asalkan ianya digunakan bagi maslahah umum.
No comments:
Post a Comment