Pameran Khazanah Dari Kubur.

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-23 yang bersidang pada 20 Feb 1989 telah membincangkan Pameran Khazanah Dari Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. "Pameran Khazanah Dari Kubur" oleh Muzium Negara yang melibatkan pameran barang-barang purba yang dijumpai di dalam kubur dan juga keranda mumia (bukan mayat mumia) boleh diteruskan;
     
  2. Mayat mumia tidak harus dipamerkan sama ada ianya Islam atau bukan Islam.
     
  3. Pameran barang-barang purba penemuan daripada kubur adalah harus, asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.
     
  4. Pameran patung-patung adalah ditegah oleh Islam.

No comments:

Post a Comment