5 Amalan Jariah
Anak-Anak Untuk Ibu Bapa Yang Telah Pergi
Suatu hari ketika Rasulullah SAW
sedang duduk dikelilingi oleh para sahabat, datang seorang lelaki dari bani
Salmah. Sebaik sahaja masuk ke majlis itu, dia bertanya kepada Baginda dengan
penuh hormatnya:
“Ya Rasullah, masih bolehkah aku
berbuat baik terhadap ibu bapaku yang telah meninggal dunia. Semasa mereka
masih hidup aku telah berbuat baik terhadap mereka mengikut keupayaanku. Aku
sentiasa berfikir apakah yang boleh aku lakukan setelah mereka sudah tiada.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab;
“Ya, sudah tentu kau dapat lakukan
sesuatu. Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapamu, mohon keampunan untuk
keduanya, laksanakanlah wasiat mereka dan eratkanlah silaturahim dengan
orang-orang yang kedua ibu bapamu lakukan, serta muliakanlah teman kedua ibu
bapamu.”
Sebaik sahaja mereka terdengar
jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam, tetapi di wajah mereka
terbayang kegembiraan. Namun, lelaki yang bertanya tadi masih belum faham akan
jawapan Rasulullah SAW, lantas dia meminta Baginda menerangkan sekali lagi.
Rasulullah SAW tersenyum mendengar
kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda;
“Apabila meninggal dunia seorang anak
Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang
ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang
mendoakan kedua ibu bapanya.”
Hadis Riwayat Luqman Hakim
Seorang anak yang baik boleh
melakukan pelbagai kebaikan lain untuk membantu ibu bapanya yang telah
meninggal dunia dengan ikhtiar dan usaha seperti;
#1- Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan,
terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah
untuk tapak perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim.
Selalulah sedekahkan al-Fatihah,
surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain
dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah
haji untuk mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia).
#2- Selesaikan Hutang-Hutang Mereka
Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah
berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan
bank, ansuran keretadan lain-lain pinjaman.
Manakala hutang dengan Allah SWT
adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwah, ni termasuklah fidyah
meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat
dilakukan semasa mereka hidup.
#3- Melakukan Amal Soleh
Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri
dari emlakukan perkara-perkara yang dilarang oelh Allh SWT, seperti maksiat dan
tidak menutup aurat.
Elakkan bergaduh sesama adik beradik
kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan
berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan
memberikan saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.
#4- Menjaga Silaturahim Dengan
Keluarga Dan Sababat Baik Mereka
Salah satu cara lain untuk berbakti
kepada orang tua yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati
dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah
bersabda;
“Sesungguhnya suatu hal yang paling
berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”.
Hadis Riwayat Muslim
Ini kerana, menghormati mereka beerti
kita menghormati kedua orang tua kita.
#5- Menziarahi Kubur Mereka
Berziarahlah ke kubur mereka sambil
berdoa dan membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut.
Dengan menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang
semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.
Meskipun kedua orang tua kita sudah
meninggal, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan
cara-cara di atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh.
Sayangilah ibu bapa kita semasa masih
hidup atau sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat
besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan
sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!
No comments:
Post a Comment